PPBCT

PPBCT

Sunday, 19 January 2014

KElantan English Budgie Show 2013

Alhamdulillah pada 21 Disember 2013, kelab KBC (persatuan peminat budgie Kelantan) telah berjaya menganjurkan satu pertandingan english budgie terbesar di Malaysia setakat ini dan kali ke 2 selepas penganjuran bersejarah kali pertama oleh PPBCT di Kuala Terengganu pada pertengahan 2013.

Lebih menarik, penyertaan yg melebihi 80 ekor English budgie itu telah diadili oleh beberapa orang pengadil dari Thailand yang sudah lama bergiat dalam dunia English Budgie ini.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini tidak memberi kekecewaan pada saya kerana berjaya menggondol 2 hadiah iaitu:

1) Tempat kedua Kategori Spangle dan Opa Spangle.

2) Tempat Ketiga Kategori Young EB


Semoga dunia EB terus gemilang pada tahun 2014...







Penyakit Puru Pada Budgie

Ramai peminat2 budgie bertanya pada saya ubat apa yang selalu saya guna untuk mengubati puru.. Utk pengetahuan pembaca, puru jika tidak dirawat akan menyebabkan burung tersebut tidak aktif membiak dan boleh menyebabkan kematian jika terlalu teruk.

Satu2 nye ubat yang saya gunakan adalah Vaseline. Sapu pada tempat2 yang dijangkiti ssekali tiap2 hari sehingga hilang.

Namun begitu, terdapat byk lagi jenis ubatan yang bersesuaian contohnye Invemectin ( dalam bentuk sapuan dan minum).

Rawat sebelum Mudarat.............